Formula menjemput rezeki ni saya dapat dari Modest Culture Fanpage
Dikongsikan di sini supaya senang nak rujuk kemudian hari dan supaya kita semua sama-sama dapat manfaat daripadanya
1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA
rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi
JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..
2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan
juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah
pertolongan Allah sebulat-bulatnya..
3. AL QURAN. Bangun pagi
jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk
terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..
4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang
pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
8. SOLAT AWAL WAKTUSolatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba
ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas
solat.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..
10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH...INSYAA ALLAH
No comments:
Post a Comment